Farhan Jamal. Knowledge of Life.

My other blog. Educational purposes. mfoahrahmaend.blogspot.com

Tuesday, May 25, 2010

TRIBUTE TO ROCK KANGKANG 2010!

FLYERS (English)

FLYERS (Melayu)
Mini Konsert : “Tribute to Rock Kangkang 2010”
Tarikh : 30 Mei 2010
Masa : 2.00 petang – 10.00 malam
Tempat : One Café, Jalan Tuanku Abdul Rahman,Kuala Lumpur
Tajuk : “ROCK KAPAK GEGARKAN KUALA LUMPUR MEI INI”

Kebangkitan irama rock 80-an atau lebih dikenali sebagai ‘rock kapak’ semakin mendapat perhatian dikalangan peminat muziktempatan. Bagi menghangatkan lagi bahang tersebut, Rawkcats Events dan OKR Combination menjemput semua peminat rock tanahair ke “Mini Konsert Tribute to Rock Kangkang 2010”, yang bakal berlangsung pada 30 Mei 2010 (Ahad), bertempat di One Café, Jalan Tuanku Abdul Rahman Kuala Lumpur. Mini konsert yang memasuki edisi kali ketiga ini akan bermula pada jam 2.00 petang hingga jam10.00 malam.

Peminat-peminat muzik rock tanah air bakal disajikan dengan persembahan muzik rock 80-an selama 8 jam tanpa henti daripada 11 kumpulan rock tanah air gabungan baharu dan lama. Persembahan akan diketuai oleh kumpulan Revenge, sambil dibantu oleh kumpulan-kumpulan lagenda seperti Candy, Meditasi, Junction, Rockers dan Sons Of Adam. Konsert ini dilengkapkan dengan kehadiran enam kumpulan ‘rock kapak’ era baru, iaitu Reptilia, Firasah, Brown Attack, Black Days, V, dan Aisunam, yang merupakan juara Rentak Juara anjuran RTM tahun 2008.

Selain itu, pelbagai aktiviti menarik akan diadakan bersempena konsert tersebut, antaranya gerai menjual cenderahati, dan pertandingan pakaian paling rock dan pameran motosikal anjuran RD Club Malaysia.

Majalah ROTTW telah dilantik sebagai majalah rasmi mini konsert ini, manakala Muzik.FM pula bertindak sebagai radio rasmi. Selain itu, konsert ini juga ditaja oleh by The Print Armada, CrazeeCausa, Muzikrock.com, Lagendarock.com, Nofa Studio, Hotstuff Studio, Revenge Army, Kukubesi Photography, Operahidup Photography, D’Anjung Flora Restaurant, Kiddrock Clothing (Malaysia) dan Ted Adnan Photography. Yang lebih istimewa, mini konsert ini mendapat sokongan penuh daripada kelab peminat untuk dua legenda rock tanahair, Search (DuniaSearch) dan Wings (Sayap-Sayap Wings).

Menurut S. Azril, Pengurus Pembangunan Niaga Rawkcats Records, kesediaan kumpulan rock yang layak digelar ‘otai’ berkongsi pentas dengan kumpulan muda seperti membuktikan muzik rock 80an makin menjadi pilihan.

Pas-pas masuk boleh didapati dengan harga RM20.00 mulai 10 April 2010 di OKR Combination di Pasar Seni, Kuala Lumpur. Pas-pas juga akan dijual pada hari persembahan, dengan harga RM25.00. Sebarang pertanyaan dan tempahan boleh dihubungi melalui talian hotline 019-263 6518/2518. Diskaun istimewa sebanyak 20% akan diberikan untuk ahli-ahli kelab Rottwaillers, Sayap-Sayap Wings dan Duniasearch. Peminat-peminat rock disarankan untuk membeli tiket lebih awal, kerana pas masuk hanya terhad untuk 1000 orang sahaja. Bagi mendapatkan informasi lanjut dan maklumat terkini berkenaan mini konsert ini,sila layari laman web rasmi, www.ttrk.org, www.muzikrock.com atau forum online rasmi, www.lagendarock.com. www.myspace.com/revengers. Kemudahan surau juga disediakan.


No comments:

Post a Comment